US dan UK Mengintip Permainan Video ‘World of Warcraft

PengintipanUSUK

New York Times, the Guardian dan ProPublica telah membuat pendedahan mengejutkan mengenai aktiviti pengintipan permainan online seperti World of Warcraft yang diperolehi daripada Edward Snowden, pendedah rahsia risikan kerajaan Amerika.

 

Akhbar tersebut telah melaporkan bahawa kerajaan US dan UK telah melaksanakan operasi mengintip permainan online selama beberapa tahun untuk memantau aktiviti keganasan. Dalam pendedahan tersebut, permainan dunia virtual seperti Second Life turut diintip oleh organisasi pengintipan negara tersebut.

 

Dalam dokumen yang dibocorkan dan diterbitkan oleh New York Times juga mendedahkan bahawa organisasi pengintipan tersebut percaya bahawa permainan video boleh digunakan sebagai medium untuk melatih atau melaksanakan latihan senjata.

 

Menurut the Guardian, Pihak pengintipan Amerika, NSA berkata ia telah mengekstrak maklumat akaun World of Warcraft dan cuba untuk menghubung-kaitkannya dengan rangkaian keganasan ekstrim islam dan perdagangan senjata.

 

Jurucakap syarikat Blizzard Entertainment, pemilik permainan World of Warcraft memaklumkan kepada the Guardian bahawa mereka sama sekali tidak menyedari aktiviti pengintipan telah dilakukan ke atas permainan mereka.

 

Sumber: ProPublica, the Guardian, New York Times

0 komen dari pembaca: