Pelayar Maxthon Cloud untuk Platform Windows

Pelayar Maxton Cloud

Maxthon merupakan salah satu pelayar alternatif antara platform (Cross platform browser) yang mungkin anda pernah gunakan di desktop, telefon atau tablet anda. Kini, pelayar ini mempunyai sebanyak 120 juta pengguna yang rata-ratanya menggunakannya di platform desktop iaitu sebanyak 60% dan selebihnya pada peranti mudah alih.

 

Pelayar berasaskan cloud baharu daripada Maxthon ini mempunyai beberapa ciri yang unik dan secara jujur saya katakan stabil dan pantas berbanding pelayar Firefox dan Chrome.

 

Pelayar cloud Maxthon ini mempunyai ciri-ciri seperti sokongan meluas HTML5, sokongan WebGL dan pemecut GPU untuk peningkatan pemprosesan grafik dan imej, pengurangan jejak penggunaan memori dan CPU, peningkatan promosi aplikasi-mobile, penggurangan penggunaan RAM serta polisi pihak ketiga yang melindungi privasi pengguna.

 

Adakah pelayar ini berbaloi untuk anda? Maxthon menekankan bahawa pelayar Windows mereka ini lebih 10% lebih pantas daripada Chrome 30. Tambahan lagi, ia juga menyokong fungsi privasi ‘do not track’ kepada pengguna tanpa memuat turun plug-in terlebih dahulu. Pelayar Maxthon ini juga memisahkan cookies daripada halaman sub-tetingkap, justeru itu cookie disimpan di lokasi lain. Ini bermakna pengguna boleh menikmati ciri ‘personalization’ pada laman web yang dilayari tanpa risau akan isu privasi berkenaan penggunaan cookie pada halaman.

 

Fungsi menarik ini turut mengurangkan penggunaan bandwith yang semestinya satu perkara yang penting kepada mereka yang terikat kepada kuota penggunaan internet.

 

Muat turun multithreaded pula membolehkan kelajuan muat turun anda dipercepatkan sehingga lima kali lebih laju, bermakna muat turun fail anda akan dibuat melalui lima sambungan yang berbeza pada masa yang sama.

 

Walaupun pelayar ini laju dan stabil, namun saya dapati sesetengah elemen seperti penggunaan javascript dan kod lain di dalam sesetengah halaman seperti tidak dimuatkan ke dalam pemproses pelayar. Ini mungkin membantutkan kepuasan anda sekiranya anda seorang yang gemar melihat halaman dengan efek khas.

 

Muat Turun: Pelayar Maxthon Cloud, Muat Turun dari Filehippo

0 komen dari pembaca: