Rekaan Semula Set Filem menggunakan LEGO


LEGO merupakan permainan blok mainan kanak-kanak yang amat saya minati hingga pada usia ini kerana fleksibiliti bahan binaannya membolehkan pelbagai bentuk dan rupa dibina disamping kepelbagaian warna yang terdapat pada set permainan binaan tersebut. Boleh dikatakan ianya merupakan pencetus idea kepada permainan dalam talian 'Minecraft', namun pada skala realiti LEGO merupakan yang terbaik.

Sekiranya anda seorang peminat filem, anda mungkin terpesona dengan betapa kreatifnya pereka dan pembina model LEGO ini yang membina sesuatu yang mereka lihat dari filem kemudian merealisasikannya kepada model lego - yang pada asasnya berbentuk segi empat kepada pelbagai bentuk yang agak mustahil untuk difikirkan. Lebih menakjubkan, semua model LEGO ini merupakan rekaan semula set penggambaran dari filem sebenar.


Membina sebuah model set penggambaran adalah sukar, apatah lagi ia melibatkan LEGO! Berikut ialah koleksi rekaan semula filem popular yang anda pasti telah tonton.

Iron Man Hall of Armor – Iron Man 3.
Rekaan semula Hall of Armor menggunakan LEGO ini amat menakjubkan. Setiap armor Ironman adalah dicat tangan dengan amat teliti. (Sumber Imej: becauseBATMAN)



Tony Stark’s Garage – Iron Man.
Sebuah babak terkenal dimana Tony Stark mencuba armor terbaru bersama JARVIS di garaj bawah tanah beliau. (Sumber Imej: LuxorV)


Bane’s Hideout – The Dark Knight Rises.
Tempat persembunyian Bane dalam filem The Dark Knight Rises. Air Terjunnya diolah semula dengan menggunakan LEGO lutsinar dan terdapat tikus untuk menampakkan lagi rekaan. (Sumber Imej: MaceWindu)



The Goblin’s Lair – Spider-Man 2.
Pencahayaan model ini sangat hebat dan lihatlah hover machine Goblin yang agak terperinci. (Sumber Imej: Captain Nemo)



Helm’s Deep – Lord of the Rings: The Two Towers.
Pertempuran hebat Battle of Helm's Deep dihidupkan semula menggunakan 1700 figura mini! (Sumber Imej: MOCpages)



Barad-dûr (Eye of Sauron) – Lord of the Rings.
Menara yang dibina dari LEGO ini setinggi 175cm dan mungkin lebih tinggi dari anda! (Sumber Imej: SkyWalter)



Hogwarts – Harry Potter.
Seorang peminat Harry Potter, 400,000 buah cebisan LEGO dan 12 bulan. Sebuah karya yang dihasilkan dari dedikasi dan kerja keras seorang peminat. (Sumber Imej: Bippity Bricks)



Inception. 
Sebuah karya ikon Christopher Nolan yang diolah semula sepenuhnya menggunakan LEGO, bandar yang seolah bergulung dan bangunan terbalik semuanya diolah tanpa pengurangan dari idea atau konsep filem asal. (Sumber Info: -infomaniac-)


Winterfell – Game of Thrones. 
Bagi peminat GoT, peminat tegarnya telah mereka bentuk istana untuk King of the North (Sumber Imej: Itaria No Shintaku)



Al Khazneh – Indiana Jones and the Last Crusade. 
Karya arkitektur LEGO yang sangat teliti (Sumber Imej: MOCpages)



The Wizard of Oz. 
The Emerald City dan babak akhir dalam The Wizard of Oz. (Sumber Imej: Captain Redstorm)




Castle Black – Game of Thrones (TV). 
Dikenali sebagai ‘The Wall’ dimana terletaknya Castle Black, ini merupakan kubu Night’s Watch. (Sumber Imej: Itaria No Shintaku)


Hill Valley 2015 – Back To The Future. 
Lokasi babak popular dimana Marty McFly meluncur menggunakan hoverboard melalui dataran bandar pada babak di waktu pagi dan cubaan 'menangkap' kuasa petir untuk pulang ke masa lalu untuk menguasakan DeLorean pada waktu malamnya. (Sumber Imej: Orion Pax)


Menarik dan kreatif. Siapa sangka permainan kanak-kanak yang dianggap enteng oleh sesetengah individu mampu membuat sesuatu yang sebegitu kreatif. Secara asasnya, sesuatu yang biasa boleh menjadi luar biasa dan menarik jika wujudnya identiti kreatif dalam segala usaha.


0 komen dari pembaca: