AirDroid - Lakukan Semua Fungsi Telefon Android di PC



Apa itu AirDroid
AirDroid merupakan satu aplikasi dibangunkan oleh Sand Studio yang membolehkan anda untuk melakukan semua fungsi telefon bersistem operasi Android di PC anda. Jika anda sedang sibuk menaip tugasan di laptop anda dan terdapat perbualan mesej yang terpaksa anda ikuti, anda boleh membalas, menaip dan menghantar SMS terus kepada penerima melalui PC anda menggunakan aplikasi ini!



Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh memuat turun fail ke telefon / menginstall aplikasi Android (.apk) terus kepada telefon dengan hanya mengheret fail yang anda mahukan kepada tetingkap AirDroid di PC anda.

Sambungan dari Telefon ke PC - PC ke Telefon
Menggunakan teknologi Wireless, anda tidak perlu memuat turun sebarang perisian, 'driver' mahupun kabel ke dalam PC anda. Sebaliknya anda hanya perlu melayari alamat IP yang dipaparkan di dalam aplikasi telefon anda.

Memadam, Meminda atau Menyimpan Fail
Jika anda menggunakan telefon dalam pelbagai urusan khususnya yang melibatkan fail, perisian ini membolehkan anda melakukan hampir kesemua operasi daripada PC anda terus ke telefon tanpa sebarang masalah atau kerumitan. Anda juga pasti akan tertarik bagaimana aplikasi ini memudahkan kerja anda dengan tanpa menggunakan sebarang wayar mahupun kerunsingan untuk mencari penyambung SD Card kepada sambungan USB komputer.

 


Menangkap Gambar atau Video
Mengejutkan bukan? Aplikasi ini membolehkan anda untuk menangkap gambar atau video secara terus menggunakan PC anda tanpa anda perlu menyentuh telefon! Ya, sekiranya anda mempunyai kamera telefon yang baik, ia boleh digunakan sebagai kamera mudah alih!



Konfigurasi Telefon
Tiada sebarang konfigurasi spesifik untuk anda menggunakan AirDroid. Ia amat mudah, hanya mulakan aplikasi dan dapatkan alamat IP unik ke telefon anda kemudian gunakan alamat tersebut untuk mengakses telefon dengan pelayar internet anda.



Pemantauan Skrin dan Keselamatan Telefon
Sekiranya anda kehilangan telefon atau ingin mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh orang yang menggunakan telefon anda, anda boleh memantaunya secara 'Real time' dengan menggunakan aplikasi ini. Ia akan memaparkan skrin mahupun aplikasi yang sedang digunakan pada masa tersebut tanpa si pemakai menyedarinya! Selain itu, anda juga boleh menjejaki dimana telefon anda sedang berada - Berita buruk untuk si pencuri.


Kekurangan
Walaupun semua fungsinya amat menakjubkan dan amat saya puji namun terdapat kelemahannya. Ia memerlukan jaringan WiFi atau jaringan (jika WiFi tiada internet masih boleh digunakan, asalkan router atau broadcaster masih menyiarkan WiFi) dan sekiranya WiFi atau jaringan terganggu, anda perlu log masuk kembali untuk mengaksesnya semula. Selain itu, membolehkan aplikasi ini untuk berfungsi adalah dengan menjalankan dahulu sekiranya anda ingin mengakses telefon anda. Aplikasi ini mempunyai kegunaan yang pelbagai untuk melindungi telefon anda, tetapi awas dengan mereka yang mungkin mencuri akses anda dan ianya mungkin mengundang masalah kepada privasi anda!

Nilai Aplikasi
Jika anda tidak mempunyai AirDroid, saya syorkan anda memuat turunnya sekarang. Ianya merupakan satu aplikasi wajib yang perlu ada di setiap telefon Android kerana ia memudahkan semua perkara terutamanya bila anda banyak aktiviti menyimpan mahupun memuat turun dari telefon ke PC. Namun begitu, jika anda seorang yang tidak memerlukan kerja-kerja memindah fail atau banyak menghabiskan masa di depan skrin laptop, AirDroid mungkin tidak banyak membantu anda. Namun ianya berbaloi untuk menyediakan payung sebelum hujan untuk membantu anda jika secara tiba-tiba anda perlu menyalin fail gambar di telefon ke PC anda. - AS


0 komen dari pembaca: