Projek Open Source ‘Improve My City’

screens_improve_en
Saya terpanggil untuk berkongsi kepada semua pembaca saya mengenai satu projek aplikasi ‘Open Source’ yang dinamakan ‘Improve My City’. Projek ini telah dibangunkan oleh pembangun Projek Eropah yang dikenali sebagai PEOPLE dan ianya boleh digunakan dengan percuma dibawah lesen AGPL v3. Projek ini juga merupakan satu perkembangan projek yang menggunakan platform Joomla!.

Apa itu ‘Improve My City’
Saya singkatkan 'Improve My City’ ini kepada IMC, aplikasi ini membolehkan pengunjung laman web untuk melaporkan masalah perbandaran seperti masalah longkang, jalan berlubang, kerosakan fasiliti mahupun membuat aduan. Tambahan lagi, ia juga membolehkan pengguna memberikan cadangan kepada pihak yang berwajib menerusi aplikasi ini untuk meningkatkan kualiti dan keadaan di kawasan yang disasarkan.

Adakah berguna kepada anda?
Sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun laman web ataupun seorang pemikir masalah bagi organisasi Jabatan Kerajaan mahupun swasta, IMC sangat sesuai untuk memastikan masalah dapat ditangani dengan betul dan lebih interaktif.

Ubahsuai aplikasi
Aplikasi ini boleh diubahsuai dan bukan hanya tertumpu kepada kegunaan bandar sahaja. Anda mungkin boleh menggunakannya untuk tujuan pemeliharaan kawasan hutan, taman mahupun sesuatu kawasan.

Faktor Penarik
Saya amat berminat dengan aplikasi IMC ini dan telahpun membuat pelbagai modifikasi yang pelbagai kepada aplikasi ini untuk kegunaan spesifik. Antara faktor yang menarik yang mampu membantu meningkatkan kualiti pengawasan dan respon aduan ialah seperti berikut:
improve_feature1_en
(a) Masalah / Laporan dilaporkan dengan tepat di peta yang disediakan

improve_feature2_en
(b) Semua isu dipaparkan di peta untuk permudah penyelesaian


improve_feature3_en
(c) Isu dapat diterangkan dengan ringkas dan padat

improve_feature4_en
(d) Pengguna / Pengadu dapat informasi mengenai status aduan mereka melalui dalam talian

improve_feature6_en
(e) Semua isu direkodkan secara dalam talian

improve_feature5_en
(f) Setiap isu boleh ditapis untuk paparan

Nilai Aplikasi
Aplikasi ini wajib digunakan oleh kebanyakan pihak berkuasa terutamanya mereka yang bertanggungjawab memelihara atau menjaga sesuatu kawasan yang mempunyai penghuni. Aplikasi ini telahpun digunakan oleh banyak pihak di seluruh dunia untuk tugas aduan secara dalam talian dan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan secara mendadak.

Saya amat mengesyorkan kepada anda untuk mencuba dan memujuk mereka yang berkaitan untuk mengimplementasikannya dalam pengurusan aduan orang awam. – AS

Muat Turun dan Bacaan Lanjut: http://smartcityapps.urenio.org/

0 komen dari pembaca: