Telefon Jadi Kunci


Kini terdapat banyak aplikasi yang amat berguna dan praktikal untuk digunakan. Apigy telah memperkenalkan satu aplikasi dan teknologi baharu iaitu Lockitron - teknologi tanpa kunci yang membolehkan anda mengunci pintu dari serata dunia tanpa perlu berada di hadapan pintu.


Lockitron ialah peranti tanpa wayar yang diletakkan di tombol pintu. Peranti ini menggunakan kotak bateri kecil yang menggunakan Bluetooth 4.0, mempunyai kebolehan NFC dan berhubung dengan pengguna menggunakan Wi-Fi.

Lockitron sangat berguna jika anda berada jauh dari rumah, anda boleh mengunci mahupun membuka tombol pintu anda menggunakan perisian di telefon pintar anda. Anda juga boleh memberikan akses kepada orang tertentu dengan memasukkan alamat email dan nombor telefon mereka kemudian Lockitron akan memberikan mereka aksess menggunakan telefon pintar mereka.

Untuk membuka pintu, anda hanya perlu melalukan atau 'swipe' telefon anda melalui kotak Lockitron. Perisian tersebut sesuai digunakan oleh semua telefon pintar. Jika anda mempunyai telefon bimbit, pesanan ringkas SMS boleh digunakan sebagai laternatif kepada Wi-Fi untuk mengawal akses ke rumah anda. Bagi pengguna iPhone 4S atau iPhone 5, anda boleh mengaktifkan sensor Lockitron untuk membolehkan peranti tersebut mengunci atau membuka pintu menggunakan Bluetooth 4.0.


Aplikasinya juga boleh dimuat turun untuk berkongsi atau meletakkan had sempadan akses di rumah anda kepada orang lain. Lockitron boleh memberikan anda notifikasi, memberi anda amaran mengenai kunci pintu anda sedang dibuka oleh pengguna lain; sebagai contoh, apabila rakan atau anak anda memasuki rumah apabila pulang daripada sekolah atau kelas tambahan. Aplikasi ini boleh dimuat turun untuk Android dan iOS.

Apigy telah sedia menerima pra-tempahan dengan harga $179 untuk sekotak Lockitron untuk menampung versi yang lebih maju. Barisan pertama aplikasi dan teknologi Apigy bakal dikeluarkan pada musim panas 2013 ini.

0 komen dari pembaca: