Stylus 'Mighty' dan Pembaris 'Napoleon' dari Adobe


Adobe telah mengumumkan inisiatif peranti pertama mereka, The Projects Mighty dan prototaip Napoleon di Persidangan Adobe Max di Los Angeles. Stylus The Project Mighty dan pembaris Napoleon telah ditunjukkan disambungkan ke iPad dan iPhone melalui Bluetooth. Pen tersebut kelihatan seperti stylus sedia ada, tetapi apabila digunakan bersama Napoleon, kedua-dua alat tersebut boleh digunakan untuk membentuk lengkungan dan bentuk bersisi dalam cara yang agak sukar dilaksanakan oleh stylus lain. Alat tersebut telah didemonstrasikan dan berfungsi dengan aplikasi yang belum dikeluarkan oleh Adobe spesifik untuk peranti tersebut.



Mighty ialah stylus yang boleh disambungkan kepada keahlian Adobe Creative Cloud. Adobe juga menunjukkan bahawa stylus tersebut boleh digunakan untuk melukis dipermukaan tablet, menyimpan fail ke akaun pemilik Creative Cloud dan mampu mengenalpasti identiti dalam pelbagai peranti.

Napoleon kelihatan seperti pembaris pendek yang boleh melakukan lebih dari hanya melukis garis halus. Ia juga mampu membantu melukis pelbagai bentuk dengan sempurna. Stylus mempunyai satu butang, manakala pembaris tersebut mempunyai beberapa siri bentuk yang boleh ditukar dari semasa ke semasa.



Antara ciri yang menarik mengenai alat ini ialah ia mempunyai kebolehan 'Cloud'. Ianya merupakan kelebihan untuk mendapatkan kandungan fail yang disimpan di Creative Cloud oleh pengguna seperti lukisan dan gabungan warna yang telah mereka upload ke simpanan cloud tersebut. Pen ini turut dilengkapi dengan bateri boleh cas, sambungan Bluetooth tenaga rendah, dan memori simpanan. Kedua-dua alat ini masih dalam pembangunan dan ianya pasti menjadi satu trend pada masa hadapan buat mereka yang memerlukan kebolehan melukis melalui peranti atau gadget.

Baca lagi:

http://www.theverge.com/2013/5/6/4305712/adobe-announces-first-hardware-the-project-mighty-smart-stylus
http://www.engadget.com/2013/05/06/adobe-announces-projects-mighty-and-napoleon/

0 komen dari pembaca: