Hills of Glory 3D - Permainan Perang Dunia 3D untuk Android

Hills of Glory memaparkan permainan pertahanan kawasan yang mengambil aturan masa perang dunia ke dua (WWII). Ia lebih menguji anda dari segi strategi dan lebih kurang mempunyai jenis permainan 'Tower Defense' tetapi dengan sedikit pengolahan.



Permainan ini merupakan sekuel kepada permainan asal Hills of Glory, tetapi dengan sebuah dimensi yang berbeza (3D). Permainan ini kelihatan dalam bentuk 'kartun' dan misi anda di dalam permainan ini adalah untuk menghapuskan musuh yang ingin memusnahkan tempat perlindungan anda untuk menawan Eropah. Anda akan dibekalkan dengan pelbagai jenis senjata dan kebolehan untuk tujuan ini.


Permainan ini adalah percuma, tetapi lumrah trend permainan percuma yang ditawarkan pada masa ini akan cuba menarik anda untuk membeli 'power up' untuk menamatkan permainan dengan lebih cepat. Anda boleh menamatkan permainan ini tanpa membeli 'power up' tetapi anda perlulah sabar dan mempunyai kebolehan mengatur strategi sebelum membazirkan senjata terhadap musuh atau percubaan yang sia-sia.


0 komen dari pembaca: