Gwiyomi - Trend Comel Selepas Tarian Psy


Dipopularkan di Korea Selatan, trend internet "Gwiyomi" kini semakin hangat di seluruh dunia selepas lagu pop "Gangnam Style" yang melanda dunia pada tahun lepas.

“Gwiyomi” or “Kiyomi” ialah slang yang digunakan kepada orang yang comel. Tidak seperti "Gangnam Style", Gwiyomi tidak mempunyai sebarang video rasmi.

Lagu Gwiyomi atau "Cutie Song" ialah trak digital yang dihasilkan oleh penyanyi indie Korea Selatan pada 18 Februari 2013.






Berdasarkan meme Internet yang dikenali “Gwiyomi player” yang pertama kalinya dipaparan pada Oktober 2012 oleh rancangan variasi Korea Selatan bertajuk "BToB MTV DiaryMany", lagu tersebut menjadi viral selepas ahli BtoB, Jung Il Hoon membuat interpretasinya sendiri terhadap lagu tersebut.



Beberapa hari selepas pengeluaran digitalnya, Jung Il Hoon dan label muziknya, Cube Entertainment, mengupload beberapa versi berlainan lagu tersebut ke beberapa platform perkongsian video terkenal, termasuk YouTube, yang meningkatkan rating dan populariti lagu itu secara serta-merta. 

Dua versi telah menarik minat gadis-gadis remaja Korea Selatan, yang kemudiannya mengupload video Gwiyomi mereka sendiri. Dengan menggunakan ekspresi comel dan isyarat tangan, sensasi internet ini turut menarik minat mereka yang berada di negara Asia lain, termasuklah Taiwan, Thailand, Filipina, Malaysia, Jepun dan China.

Bagi mereka yang ingin meneliti trend kegilaan baru ini, tetapi tidak dapat mengikut gerakan di dalam video "Gwiyomi" bolehlah merujuk infografik di bawah.



0 komen dari pembaca: