Pemandu Ditahan dengan Pejabat Bergerak di Autobahn

Seorang pemandu berumur 35 tahun telah ditahan (kemudian disaman) di sebuah lebuhraya terkenal, Autobahn, Jerman. Apa yang mengejutkan ialah pihak polis telah menahan pemandu tersebut kerana memandu laju (dengan kelajuan 80 mph di zon 62) dengan kelengkapan pejabat di dalam kereta beliau! Kereta Ford Mondeo itu dilengkapi dengan laptop, printer, voltage converter, dua telefon bimbit, sistem navigasi dan GPS receiver dilekatkan ke cermin hadapan.
original

Pihak Polis telah menyaman pemandu tersebut sebanyak 120 Euro (RM467.68) atas kesalahan memandu laju dan “memandu dengan kargo tidak selamat”. – AS
Sumber: Gizmodo

0 komen dari pembaca: