Pendedahan Eksklusif Kilang Neraka iPhone-5

kilangnerakaiphone5

Telefon pintar iPhone 5 yang dinanti-nantikan oleh peminat produk Apple kini digemparkan dengan pendedahan daripada wartawan akhbar Shanghai Evening Post yang menyamar sebagai seorang pekerja di Kilang Foxconn Tai Yuan untuk melihat sendiri proses pembuatan gadget popular tersebut. Wartawan tersebut menyamar selama 10 hari dan memberikan pendedahan proses pembuatan gadget iPhone 5 tersebut.

 

Mengikut akhbar tersebut, wartawan itu memulakan penyamarannya selama 7 hari dengan pelbagai prosedur dan tugasan yang membebankan – termasuklah diberi penginapan yang kotor, soal siasat, pematuhan arahan dan pelbagai lagi prosedur sebelum diberi tugas untuk memasang dan menyiapkan produk. Wartawan tersebut akhirnya mendapat akses kepada bahagian pemasangan di kilang dan mendedahkan ciri kawalan keselamatan yang ketat di ruang masuk bilik pemasangan tersebut:

“Kami diberitahu jika sesiapa masuk atau keluar dari pintu pengesan besi dan didapati membawa sebarang benda besi seperti tali pinggang, anting-anting, kamera, telefon bimbit, pemain mp3, penggera akan berbunyi dan anda akan dipecat serta merta. Seorang kawan sebilik saya memberitahu kawannya telah dipecat kerana dia membawa kabel pencas USB”

foxconninfiltrate

Kawalan keselamatan yang digariskan sangat ketat dan penyelia kilang sentiasa mengingatkan pekerja bahawa ia merupakan satu keistimewaan utnuk membina iPhone 5, memotivasikan mereka dengan menunjukkan bahagian atau kompartmen baharu dan berkata “ini merupakan plat belakang iPhone 5, anda patut berasa bangga kerana berpeluang menghasilkannya”. Tetapi tugasan atau kerja yang diberikan adalah sangat teruk dan kurang memberangsangkan untuk dilakukan dengan perasaan teruja.

 

Tugas yang diberikan kepada wartawan tersebut adalah untuk menandakan 4 pusat bahagian plat belakang iPhone 5 dengan pen dakwat dan meletakkannya kembali ke tali sawat. Nampak mudah, tapi bayangkan plat belakang (backplate) iPhone 5 itu sentiasa melintasinya dalam 3 saat dan semuanya perlu dilaksanakan dengan cepat dan tangkas. Tambahan lagi, dia berkerja dari tengah malam hingga 6 pagi pada keesokan harinya dengan anggaran 3,000 plat belakang iPhone 5 dapat disiapkan pada setiap shif. Wartawan tersebut menerangkan lagi proses pembuatan di kilang tersebut:

 

“Terdapat 4 baris pengeluaran dalam proses ini, 12 pekerja dalam setiap baris. Setiap baris boleh menghasilkan 36,000 plat belakang iPhone 5 sehari, ini menakutkan… Saya akhirnya berhenti bekerja pada jam 7 pagi. Kami diarahkan untuk berkumpul selepas bekerja. Penyelia kilang berteriak kuat dihadapan kami: “Siapa yang mahu rehat awal pada jam 5 pagi!? Kita semua disini hendak mendapatkan duit! Mari bekerja keras!” Saya berfikir siapa di dunia ini yang hendak kerja 2 jam lebih (overtime) hanya ingin mendapatkan 27 yuan (USD$ 4 atau RM12.30)”

shanghaipost

 

Itulah realiti untuk membuat iPhone 5 yang bakal dilancarkan sebelum akhir tahun ini. Para pengguna iPhone bermegah dengan gadget yang dipakai tanpa menyedari telefon pintar tersebut ialah hasil titik peluh insan yang terpaksa berhempas-pulas memasangnya, dimarah dan dimaki kerana melakukan kesilapan dan dipaksa untuk mengekalkan tahap pengeluaran yang luar biasa.

 

Baca dengan lebih lanjut mengenai pengintip wartawan yang membuat liputan tersebut di MIC Gadget, yang membuat alih bahasa dan meringkaskan laporan tersebut. [Shanghai Evening Post (translated) melalui MIC Gadget]

 

1 ulasan: