10 Permainan Video yang Paling Dinantikan Pada Tahun 2013

Sedar atau tidak, kita telah memasuki penggal terakhir dalam tahun 2012 dan pada tahun ini telah memperlihatkan beberapa kontroversi menyelubungi beberapa tajuk permainan video seperti Modern Warfare 3 dengan Isu grafik berkenaan pengeboman di London yang melibatkan keluarga Amerika di hadapan Big Ben dan Mass Effect 3 dengan pengakhiran legasi siri yang tidak diterima ramai oleh peminatnya. Namun begitu, para pemain Permainan Video tidak pernah mengambil hati dengan apa yang berlaku dan lebih positif dalam menantikan 10 lagi judul permainan yang bakal dijangka akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Menurut pelbagai sumber yang boleh dipercayai, berikut ialah tajuk dan sambungan siri yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan (2013) dengan jutaan peminat yang mengharapkan judul-judul ini dikeluarkan dengan siri yang lebih baik daripada sebelumnya atau kesinambungan jalan cerita siri yang lalu:


#10: Grand Thief Auto V

Permainan video yang diklasifikasikan sebagai permainan yang paling kontroversi dengan bahasa carut-marut, jalan cerita yang kejam, dan keterlaluan. Walaubagaimanapun, banyak pemain yang gemarkannya atas dasar “kepuasan” dan memenuhi fantasi untuk menjadi seorang gengster atau mafia – disamping kebebasan untuk menggunakan “cheat sheet” yang pelbagai.
Grand Theft Auto V

#09: The Last of Us

Siri permainan aksi/pengembaraan baru dengan tajuk “The Last of Us” ini meletakkan para pemain pada tahun 2013 dan telah dibangunkan oleh pengeluar siri “Uncharted” yang telah mencatatkan jualan sebanyak 17 juta salinan. Permainan video ini belum pernah dikeluarkan dalam bentuk “BETA” mahupun “Preview” kepada para pemain, tetapi dikhabarkan kualiti dan stail permainan ini diterima baik oleh para pemain video buat masa ini. “The Last of Us” mengisahkan seorang lelaki dan kanak-kanak  perempuan yang terselamat daripada wabak misteri yang menyebabkan hampir semua populasi dunia bertukar menjadi makhluk seakan zombie. Tidak seperti permainan video aksi, dalam TLoU, ammo sangat terhad dan anda terpaksa menyelinap secara senyap atau menggunakan pelbagai medium/benda di sekitar anda untuk mencapai objektif permainan.
The Last of Us

#08: Tomb Raider

Siri permainan aksi/pengembaraan yang telah sebati dengan para penggemar permainan aksi mahupun penggembaraan ini dijangkakan akan mengeluarkan siri terbaru dalam legasi Tomb Raider. Watak utama dalam siri ini masih dikekalkan dan jalan cerita untuk siri ini pastinya mengisahkan penggembaraan epik Lara Croft , buat masa ini masih belum ada kepastian mengenai pengisahan penggembaraan baru siri ini. Bagi peminat TR, sudah pastinya siri ini akan dinantikan dengan penuh debaran.
Tomb Raider

#07: Watch Dogs

Permainan Aksi/Pengembaraan Watch Dogs (juga dikenali sebagai WATCH_DOGS) ialah permainan video yang dibangunkan oleh Ubisoft Montreal. Gaya permainan video ini lebih memfokuskan penggodaman dan pemantauan (hacking & surveillance). Dalam demo semasa E3, watak utama permainan ini ialah Aiden Pearce yang sangat berkemahiran dalam penggodaman dan mampu menggunakan beberapa teknologi dalam mencapai objektif permainan.
Watch Dogs

#06: South Park – The Stick of Truth

Bagi mereka yang membesar dengan South Park, pastinya mengetahui akan siri kartun dewasa ini yang gemar mencarut dan melakukan pelbagai perkara yang susah untuk diterima akal. Pada tahun 2013 ini, sebuah permainan daripada siri kartun ini akan dikeluarkan dengan tajuk “The Stick of Truth”. Agak sukar untuk menjelaskan jalan cerita permainan video ini dan boleh dikatakan para pemain hanya menantikan permainan ini untuk menantikan dialog lucu mahupun aksi keterlaluan karektor-karektor dari siri kartun ini.
South Park The Stick of Truth

#05: Bungie’s Destiny

Destiny ialah tajuk rasmi yang bakal digunakan dalam sistem operasi Bungie dalam permainan videonya yang akan datang. Namun begitu, masih tidak pasti sama ada nama “Destiny” itu sendiri akan digunakan kelak apabila permainan video ini akan dikeluarkan pada tahun hadapan. Bungie Destiny akan mempunyai sekurang-kurangnya 4 siri fantasi sains MMO (Massively Multiplayer Online), dengan permainan video untuk Xbox 360 dan Xbox720 pada musim luruh 2013. Buat masa ini, jalan cerita dan aturan permainan masih belum disebarkan kepada media mahupun pemain.
Bungie's Destiny

#04: SimCity

Siri terbaru yang bakal diterbitkan hasil daripada siri SimCity yang akan menampilkan cara permainan asal yang memaparkan grafik yang lebih baik. Siri ini menjadi kontroversi kerana para pemain tegar SimCity dengan tegas akan memboikot permainan ini sekiranya pengeluar atau pereka permainan video ini menukar konsep permainan seperti yang berlaku dalam SimCity Societies yang mengalami kegagalan teruk untuk menggantikan SimCity siri asal melalui pengenalan sistem permainan yang jauh menyimpang daripada konsep permainan klasik tradisi SC. Preview skrin permainan ini memaparkan grafik berkualiti tinggi dan dinamik menyebabkan para pemain tegar SimCity teruja namun dalam pada masa yang sama bimbang pengeluar permainan MAXIS melakukan perkara yang tidak patut dilakukan dalam siri terbaru ini seperti yang berlaku kepada beberapa permainan video popular seperti ANNO 2070 dan SimCity Societies yang mendapat kritikan hebat para pemain tegar genre strategi dan RTS ini.
 SimCity

#03: Bioshock Infinite

Bioshock Infinite ialah seperti permainan Bioshock lain yang merupakan permainan video survival seram berasaskan First Person Shooter (FPS). Watak protagonis, bekas agen Pinkerton, Brooker DeWitt, telah dihantar pada tahun 1912 ke sebuah bandar terapung Columbia untuk mencari seorang wanita bernama Elizabeth yang telah dipenjarakan selama 12 tahun . Operasi penyelamatan Elizabeth berlangsung dengan amat senang sekali namun kedua-dua mereka dikejar oleh banyak paksi yang berada di kota tersebut. Permainan video ini sama seperti permainan Bioshock yang lain dimana para pemain mengunakan kombinasi senjata dan kuasa psikokinetik yang diperolehi daripada “Vigors” dan “Nostrums”.
Bioshock Infinite

#02: God of War Ascension

God of War: Ascension ialah permainan video aksi/penggembaraan yang dibangunkan oleh SCE Santa Monica Studio dan akan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment. Permainan video ini dijadualkan untuk keluar pada 12 Mac 2013 untuk PlayStation 3. Permainan ini merupakan siri ke tujuh dalam God of War dan prequel kepada kesemua siri tersebut. GoW:Ascension merupakan siri pertama dalam keseluruhan siri God of War yang akan menampilkan ciri Multiplayer dan akan digabungkan dengan teknologi Stereoskopik 3D. Dibangunkan berdasarkan mitologi Greek, watak protagonis Kratos akan membalas dendam terhadap Dewa Peperangan, Ares, yang memperdayakan Kratos untuk membunuh isteri dan anak-anaknya.
God of War Ascension

#01: Gears of Wars – Judgment

Gears of Wars: Judgment membawa anda kepada kejadian sebelum siri asal Gears of Wars sejurus selepas kejadian “Emergence Day”, yang merupakan faktor penentu dalam penceritaan siri GoW. Dalam siri terbaru ini, anda akan bersama skuad Kilo yang akan diketuai oleh Damon Baird dan Augustus “The Cole Train” Cole untuk menyelamatkan Bandar Halvo Bay daripada musuh yang sukar untuk dihentikan.
Gears of War - Judgment

0 komen dari pembaca: