Stesen Radio Internet DIY



Mungkin anda pernah bermimpi untuk menjadi seorang DJ bukan? Mungkin hajat tu tak sampai lagi kan? Insyallah, dengan tips pada kali ni saya akan berkongsi bersama anda cara untuk menubuhkan stesen radio internet anda sendiri.

Pada permulaannya, saya dah membuka sebuah stesen radio internet yang bernama YATopHitz.fm namun buat masa ini tidak diteruskan kerana kekangan masa dan kebanyakkan dari DJ-nya sibuk dengan tugasan dan exam universiti.

Rasanya ini merupakan satu-satunya tutorial yang mungkin anda boleh dapatkan dengan mudah kerana bukan semua mahu berkongsi ilmu ini, mungkin kerana takut akan persaingan stesen radio? Tak mengapalah, saya akan berkongsi bersama anda ilmu ini! =)

 

Antara alatan atau program yang anda perlukan ialah:

1. SAM Broadcaster
2. Internet Connection (Diuji dengan kelajuan minimum DiGi Broadband Campus Plan - 128kbps dan keatas)

Laman web penting:

1. Listen2MyRadio.com: http://www.listen2myradio.com/

FASA 1: PENDAFTARAN SERVER PENYIARAN

1. Download SAM Broadcaster di sini
2. Register akaun server radio internet anda disini
3. Simpan password dan Id anda (Akan digunakan kemudian)

FASA 2: PENYEDIAAN SERVER DAN  PENYIARAN

1. Pergi ke laman web http://www.listen2myradio.com dan klik pada 'Login'
2. Masukkan Id dan password anda
3. Selesai? Anda akan masuk ke 'control panel anda' dan anda akan melihat "username: xxxx radio status: Radio is OFF"
4. Untuk mengaktifkannya, klik pada ruangan 'Radio' > 'Radio Installation'
5. Kemudian masukkan pula kata laluan kat "Broadcaster password" (Pastikan korang ingat password ni dan jangan dedahkan pada orang lain) , "admin password" (Lebih baik setkan password broadcaster dan admin sama, jadi korang tak mudah terlupanya nanti) dan "Radio URL". Dalam radio url ini merupakan link yang akan membawa pendengar anda ke radio anda, adalah lebih baik selaraskannya kepada nama radio anda. Contoh; radiocontoh.fm (Dalam huruf kecil kesemuanya.)

Langkah 2

1. Klik pada 'Radio Details'
2. Anda akan melihat paparan seperti berikut:
your username: nama username anda
your email: email anda
radio status : off
radio URL: namaradio.listen2myradio.com (Ini alamat radio internet anda, dan berikan kepada pendengar anda)
address to broadcast: XX.XXX.XXX.XXX:XXXX
IP: xx.xxx.xxx.xxx  Port: xxxx

Pendaftaran kini selesai!

FASA 3: PENYEDIAAN PROGRAM

Langkah 1
1. Install 'Sam Broadcaster'
2. Anda akan ditanya oleh program berkenaan 'Server database' pilih 'Firebird' > 'Use Default Setting'
3. Jika anda tidak mempunyai 'licence key' tekan 'skip'
4. 'untick' pada 'Visit SpacialNet stream hosting'
5. Klik Finish




Langkah 2
  • 1. Buka program 'Sam Broadcaster'. Klik pada Windows > Encoder.
  • 2. Kemudian, pada window 'Encoder' klik pada 'New'. Satu window lagi akan kelihatan kemudian anda pilih 'Legacy MP3 (ACM Codec)'
  • 3. Masukkan nama radio, nombor IP dan Port yang anda dapatkan tadi. Anda juga boleh letakkan nama stesen dan alamat web radio anda (Di bahagian kiri 'Station Details').
  • 4. Selesai? Klik pada ikon seperti 'play' pada encoder dan pasangkan lagu! (Pastikan anda telah setkan lagu-lagu anda
  • 5. Pastikan encoder anda memaparkan status "Encoding", kerana ini membuktikan bahawa radio anda kini berjaya menyiarkan rancangannya.

Selesai! Kini anda telah berada ke udara! Pada masa ini anda hanya boleh memainkan lagu dan sekiranya anda mempunyai 'headphone' yang dilengkapi mikrofon, klik 'Press to Talk' untuk bercakap kepada pendengar anda.


Sampai disini dahulu Tips Radio Internet ini, pada tips seterusnya, saya akan berkongsi bersama anda bagaimana untuk 'bercakap' menjadi seorang DJ dan mengawal konti radio anda dengan hanya berada di bilik anda!

0 komen dari pembaca: