25 Permainan Terbaik di Facebook

Kita semua tahu bahawa Facebok merupakan salah satu sebab yang membuatkan kita terhibur hanya kerana permainan dalam taliannya yang menarik. Facebook mempunyai platform berasaskan web, API yang berkuasa dan dokumentasi lengkap yang memudahkan pembangunan aplikasi untuk membina sesuatu aplikasi.

preview 25 Highly Addictive Facebook Games

Permainan di Facebook tidak dinafikan amat menarik untuk dimain kerana pelbagai sebab dan salah satu sebab utamanya adalah kerana pengguna dihubungkan dengan beribu-ribu pengguna Facebook yang lain yang bermain permainan yang sama. Dalam erti kata lain,, permainan sosial yang memberikan interaksi diantara pelbagai pengguna. Disini saya mengumpulkan 25 permainan terbaik di Facebook untuk tatapan anda. Pastikan anda berseronok dan mengumpul rakan yang lain untuk bermain bersama!

Tapi pastikan anda menekan ALT-TAB apabila bos anda menghampiri anda.

  1. FarmVille
    FarmVille ialah permainan berasaskan ladang yang membolehkan anda menternak dan menanam pelbagai tanaman. Tapi, pastikan anda menuai sebelum hasil tuaian rosak!

    FarmVille 25 Highly Addictive Facebook Games

  2. Word Challenge
    Dibangunkan oleh Playfish, permainan ini akan menguji vokabulari dan daya pemikiran anda untuk membuat perkataan bahasa Inggeris. Disamping bermain, anda juga melatih kebolehan bahasa Inggeris anda.

    word challenge 25 Highly Addictive Facebook Games

  3. Texas Holdem Poker
    Sebuah lagi permainan daripada  Zynga dan juga merupakan permainan yang amat popular di Facebook.

    facebook texas holdem 25 Highly Addictive Facebook Games

  4. Cafe World
    Sebuah permainan klasik Zynga yang membolehkan anda membuka sebuah café di Facebook bersama rakan-rakan anda yang lain.

    Cafe World 25 Highly Addictive Facebook Games

  5. Treasure Isle
    Sekiranya anda menyukai penggembaraan, Treasure Isle adalah permainan yang ideal untuk anda.

    Treasure Isle 25 Highly Addictive Facebook Games

  6. Mafia Wars
    Mafia Wars adalah merupakan permainan yang amat klasik di Facebook dan sangat popular semenjak Facebook diperkenalkan. Ingin jadi Mafia? Mafia Wars salah satu permainan yang patut anda cuba namun berasaskan teks.

    Mafia Wars 25 Highly Addictive Facebook Games

  7. Pet Ville
    Di dalam Pet Ville, anda akan mereka binatang peliharaan anda dan memeliharanya di sebuah rumah. Permainan ini juga di bangunkan oleh Zynga.

    Pet Ville 25 Highly Addictive Facebook Games

  8. Happy Aquarium
    Happy Aquarium terkenal dengan permainan ikan yang paling popular di Facebook. Ia mempunyai 28 juta pemain yang merekodkan populariti permainan ini.

    Happy Aquarium 25 Highly Addictive Facebook Games

  9. Fish Ville
    Fishville adalah merupakan permainan akuarium ikan di Facebook yang dibangunkan oleh Zynga.

    Fish Ville 25 Highly Addictive Facebook Games

  10. Pet Society
    Permainan yang menarik dimana anda memelihara binatang peliharaan anda dan membesarkannya. Cuma di permainan ini, binatang peliharaan seperti manusia; boleh memancing, memakai baju mahupun membeli belah!

    Pet Society 25 Highly Addictive Facebook Games

  11. Zoo World
    Zoo World ialah permainan tycoon yang membolehkan anda membuat dan membangunkan sebuah zoo virtual.

    Zoo World 25 Highly Addictive Facebook Games

  12. Restaurant City
    Restaurant city memerlukan anda untuk memuaskan pelanggan yang datang ke restoran virtual anda.

    Restaurant City 25 Highly Addictive Facebook Games

  13. MindJolt Games
    Ia bukan sekadar satu permainan, namun ia seolah sebuah arked permainan yang menempatkan pelbagai jenis permainan mini untuk anda.

    mindjolt games 25 Highly Addictive Facebook Games

  14. Hotel City
    Hotel City ialah permainan pengurusan hotel yang dibangunkan oleh Playfish. Permainan ini  menggabungkan konsep permainan Sim Tower dan Restaurant city. Hotel City 25 Highly Addictive Facebook Games

  15. Social City
    Di dalam permainan ini, anda perlu membina rumah, bangunan dan kilang untuk memastikan populasi bandar bahagia dan wang dapat diperolehi untuk membangunkan bandar virtual anda. 

    Social City 25 Highly Addictive Facebook Games

  16. YoVille
    Permainan 2D yang berasaskan sosial ini membolehkan anda berinteraksi melalui chat, berkerja dan bermain secara langsung dengan rakan-rakan anda yang lain.

    YoVille 25 Highly Addictive Facebook Games

  17. Happy Island
    Permainan ini memerlukan anda menghias dan membangunkan pulau peranginan untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang dan menyumbang kepada pendapatan pulau peranginan anda.

    Happy Island 25 Highly Addictive Facebook Games

  18. Bejeweled Blitz
    Permainan klasik daripada Pop Cap yang popular. Anda kini boleh bermain di Facebook tanpa perlu membeli atau menginstallnya ke komputer anda.

    Bejeweled Blitz 25 Highly Addictive Facebook Games

  19. Country Life
    Country Life adalah permainan berasaskan ladang seperti Farm Ville namun hasil tuaian anda boleh dijual. 

    Country Life 25 Highly Addictive Facebook Games

  20. Farm Town
    Permainan berasaskan ladang seperti Farm Ville.

    Farm Town 25 Highly Addictive Facebook Games

  21. Happy pets
    Permainan ini berkenaan dengan haiwan peliharaan dan bagaimana anda memelihara mereka.

    Happy pets 25 Highly Addictive Facebook Games

  22. Island Paradise
    Dibangunkan oleh Meteor Games. Permainan ini memerlukan anda membangunkan pulau anda dengan menanam tanaman, menternak haiwan dan mencari harta karun.

    Island Paradise 25 Highly Addictive Facebook Games

  23. Tiki Resort
    Di dalam Tiki Resort, anda perlu membangunkan pulau untuk menjadi sebuah pusat tarikan pelancongan yang terkenal.

    Tiki Resort 25 Highly Addictive Facebook Games

  24. Bumper Sticker
    Dengan menggunakan sebarang program untuk mengedit foto seperti Adobe Photoshop, anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat Facebook Bumper Sticker.

    Bumper Sticker 25 Highly Addictive Facebook Games

  25. Bubble Island
    Permainan yang diilhamkan daripada permainan BubblePop. Sekiranya anda penggemar permainan arked, permainan ini sesuai untuk anda.

    Bubble Island 25 Highly Addictive Facebook Games

0 komen dari pembaca: