iPad 3: Bakal tiba pada Mac 2012


Muncul dengan membawa trend komputer tablet mudah alih kira-kira beberapa tahun lalu, Apple kini bakal mengeluarkan iPad 3, yang akan menggantikan siri kedua jenama keluaran syarikat itu tahun lepas, iPad 2.

Apple iPad3 yang baru ini dikhabarkan mempunyai rekabentuk baru yang lebih nipis dan menarik, iaitu pengurangan sebanyak 20 peratus daripada saiz iPad 2. Ia juga menyokong penuh fungsi paparan touchscreen HD dengan resolusi 2048x1536.

Disamping itu, iPad 3 juga akan mempunyai bateri yang lebih ringan yang mengurangkan berat tablet tersebut. Namun, bateri itu dilaporkan mempunyai harga yang lebih mahal berbanding bateri iPad 2 (20 hingga 30 peratus lebih mahal) tetapi mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama. 

Beberapa laporan turut menjangkakan iPad 3 akan mempunyai teknologi wireless yang membolehkan tablet tersebut dicas dan memindah masuk atau keluar data secara tanpa wayar.

Walaupun belum tiba waktu pelancaran tablet ini, saham Apple melonjak melebihi AS$500 buat pertama kalinya di Wall Street, Isnin (13 Februari 2012). Saham Apple menokok 1.86 peratus ketika ditutup iaitu kepada AS$502.60 selepas mencatatkan kadar tertinggi AS$503.83, sejurus Wall Street dibuka. Namun begitu, sekiranya iPad baharu ini mengecewakan pada waktu pelancarannya, pasti ia turut mengejutkan pasaran Wall Street seperti yang berlaku pada pelancaran produk iPhone4s lepas.

Ciri-ciri iPad 3

Diringkaskan di sini, ciri-ciri ini merupakan risikan dan laporan daripada pelbagai sumber yang memberikan maklumat mengenai iPad 3. Antara ciri-ciri iPad 3 yang dijangkakan diperkenalkan pada 7 Mac 2012 ini adalah seperti berikut:

  1. A6 Processor
  2. iOS 5
  3. Ciri 3D dan Paparan Retina baru (Retina Display)
 Untuk maklumat penuh mengenai model terbaru ini, anda boleh membaca laporan penuh di TheTechLabs.

Namun begitu, ada kemungkinan juga iPad baharu ini dinamakan iPad siri "S" seperti yang berlaku pada iPhone4s lalu. Jadi, besar kemungkinan anda mungkin terkejut dengan namanya kelak!

0 komen dari pembaca: