Angry Birds versi Facebook


Angry Birds, permainan aksi burung pemarah yang penuh cabaran tetapi dengan satu misi iaitu menghapuskan makhluk hijau (si khinzir) yang mencuri telur-telur burung kepunyaannya. Bermula dengan permainan tablet dan telefon pintar skrin sesentuh, Angry Birds menjadi kegilaan dan fenomena permainan baharu seantero dunia hanya dalam beberapa bulan dan melarat hingga ke hujung tahun 2011.

Kejayaan permainan itu yang menjadi trend pada tahun 2011 kini kembali lagi. Terkini, anda boleh bermain dengan game 'Angry Birds' di laman sosial, Facebook berikutan pelancaran permainan Angry Birds for Facebook yang telah dilancarkan secara jayanya di Jakarta baru-baru ini. Konsep permainan masih sama, namun terdapat beberapa pembaharuan dengan versi ini yang bakal menampakkan sedikit kelainan dan kepuasan pemain.

Sekiranya anda berminat atau ingin mencuba permainan ini, anda boleh bermain sekarang dengan klik pautan berikut, Angry Birds Facebook  dan berikan komen anda!

0 komen dari pembaca: