Tips Windows 7 Tersembunyi

Kita mulakan dengan beberapa tips mudah yang boleh menjadikan desktop anda lebih menarik, mudah digunakan dan meningkatkan kefisyenan tenaga komputer anda.

Paparan Wallpaper dan Theme Antarabangsa

Apabila pertama kali anda install Windows 7, ia akan memerlukan anda untuk memberikan pilihan bahasa, masa dan mata wang anda. Berdasarkan respon yang diberikan, windows akan meng-install beberapa set wallpaper dan tema berdasarkan pilihan tersebut. Sekiranya anda memilih English (United States) untuk masa (Time) dan mata wang (Currency) anda, wallpaper dan theme yang tersedia adalah berdasarkan US yang memaparkan foto wallpaper pemandangan di Maine, the Southwest dan sebagainya.



Namun, terdapat theme dan wallpaper "tersembunyi" daripada negara-negara lain seperti Australia, Canada, Great Britain dan Afrika Selatan. Kebiasaannya, anda tidak dapat menggunakan / mengakses theme atau wallpaper tersebut, namun dengan cara tertentu yang bakal diajarkan kepada anda dapat membantu anda mencari "tema dan wallpaper tersembunyi" tersebut:





  • Klik Orb "Start" dan pada "search box" pada Start menu, taip C:\Windows\Globalization\MCT dan klik Enter. 








  • Windows Explorer akan dipaparkan dan subfolders akan kelihatan yang menyenaraikan MCT-AU, MCT-CA, MCT-GB, MCT-US, and MCT-ZA. Di dalam setiap subfolder mempunyai wallpaper untuk negara-negara tertentu seperti: AU untuk Australia, CA untuk Canada, GB untuk Great Britain, US untuk United States, dan ZA untuk Afrika Selatan. 




  • Untuk menggunakan tema daripada negara-negara tersebut, masuk ke dalam folder negara pilihan anda pada Theme folder, sebagai contoh, C:\Windows\Globalization\MCT\MCT-ZA\Theme. Double-click fail tersebut (Sebagai contoh ZA).

  • Ia akan meng-install shortcut kepada "theme and wallpapers" pada bahagian Personalization di Control Panel.




Mudah bukan? Kini anda mempunyai tema yang baru dari Afrika!

0 komen dari pembaca: