Rain Meter : Ubah Desktop anda dalam sekelip mata!

Adakah korang boring tengok desktop korang yang dari dulu asyik dengan benda yang sama? Mesti korang rasa kecewa dan bosan tahap gaban bila power "on" laptop atau desktop korang. Kini, aku perkenalkan korang, program terbaru yang dibangunkan oleh sekumpulan programmers yang sememangnya kreatif dan mempunyai daya ciri rekaan yang unik.





Apa tu RainMeter?

RainMeter bukanlah sebarang alat pengukur hujan atau sebarang ukuran yang menentukan kuantiti air hujan sebaliknya, Rainmeter ialah aplikasi yang membolehkan anda untuk meletakkan "Skin" kepada desktop anda. "Skin" ini boleh mengukur dan memaparkan pelbagai informasi. Antaranya ialah:

  • System Information - CPU, RAM, Network, Drive Space,namakannya.. semua ada!

  • Launchers and Docks - Dengan kreatifnya anda boleh membuat RocketDock atau launcher anda sendiri

  • Muzik dan bunyi-bunyi *ting tong* - Paparan muka untuk WinAmp dan iTunes, Internet radio atau online video

  • Web-based content - Weather, GMail inbox, RSS feeds. Paparkan apa jua dari web kepada desktop anda

Sesuai / Compatible dengan Komputer Saya?
Pada masa kini, ianya berfungsi dalam semua sistem Windows berikut:
  • Windows XP (Service Pack 2 dan keatas)

  • Windows Vista

  • Windows Se7en

Ni merupakan salah satu contoh konfigurasi yang boleh anda gunakan. Tapi banyak lagi theme yang masih boleh dimuat turun di pelbagai sumber (seperti di Deviantart) untuk mencantikkan paparan desktop anda.




Tema futuristik?




Arachnid black
Pileus


Bagi mereka yang gemarkan stail dan gaya tersendiri, cubalah RainMeter.



Dimana nak tengok dan download RainMeter?

URL: http://rainmeter.net/RainCMS/



0 komen dari pembaca: