i-Pad : Teknologi Canggih dari Apple

pple i-Pad, satu produk terbaru yang mungkin anda belum pernah dengar sebelum ini dan seakan-akan kedengaran seperti i-Pod. Ups.. Jangan silap! Ini merupakan produk dengan teknologi sentuhan dari Apple!



Pernahkan anda mengimpikan untuk menggunakan laptop yang anda sandang mudah digunakan dan dengan hanya beberapa sentuhan tanpa tetikus dan wayar yang berserabut? 


Kini, i-Pad telah diperkenalkan untuk melakukan revolusi pertama dalam teknologi pelayaran internet mobile yang sepenuhnya beroperasi dengan teknologi sentuhan dan boleh dibawa kemana-mana dimana jua!
Mungkin ada daripada anda yang tertanya-tanya keistimewaan i-Pad ini, keistimewaan i-Pad ialah:


Kelengkapan pelayar internet Safari


Kini web boleh dilayari seperti anda sedang bermain dengan jari-jari anda kerana hampir kesemua paparan mukanya menggunakan skrin sentuh dan anda boleh melayari mana-mana web dimana jua dengan i-Pad.


Menaip tanpa "Keyboard"


Pernahkah anda menggunakan i-Phone? Konsepnya sama. Tapi pada paparan i-pad kekunci digital yang digunakan adalah sangat mudah untuk digunakan.


Paparan Foto dan Imej Digital


Sesuai dengan imej Apple, paparan digital LED IPS pada iPad membolehkan anda melihat kualiti imej yang sangat terang dan jelas.


Resolusi Paparan


Paparan paparan resolusi tinggi seluas 9.7 inci! Lebih kurang seluas sebuah buku teks sekolah.


Pelbagai Fungsi!


Anda boleh mendengar muzik, menonton filem, melakukan kerja atau tugasan, membaca e-book ataupun melayari internet menggunakan iPad. Tambahan lagi, aplikasinya juga semakin bertambah dari sehari ke sehari untuk anda 'install' ke dalamnya.


Spesifikasi iPad :)
Harga iPad :)
Buat pada masa ini, iPad masih belum boleh ditempah dan berkemungkinan anda boleh menempahnya dalam beberapa minggu lagi. Harap-haraplah harganya RM1000 ke RM1800.. Dapat jugak nak merasa iPad nanti! hehehe..

0 komen dari pembaca: