Cute - Cool - Trendy Tips untuk Blog mu!

Kepada anda yang gemar 'blogging' di laman blog anda, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana untuk menarik pembaca ke dalam ruangan blog anda bukan? Malahan ada diantara anda yang menghias blog anda dengan pelbagai "gadget" yang terdiri daripada pelbagai fungsi bermula dari paparan foto hinggalah ke bunyi-bunyian muzik. Kali ini saya ingin berkongsi bersama anda bagaimana menghasilkan blog atau laman web yang berkesan kepada pembaca anda di internet!



Pernahkah anda memasuki satu blog atau laman web yang pada saat page loading, toing! Tiba-tiba sebuah pop-up window muncul mengejutkan anda mengucapkan selamat datang. Anda fikir ianya hebat? Sebenarnya, ianya adalah salah satu perkara yang amat dibenci oleh pengunjung anda! Untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, berikut ialah tips yang ingin saya kongsikan bersama anda:



Prinsip 3 klik

Prinsip 3 klik ialah satu prinsip yang dipegang oleh mana-mana pereka laman web, ini adalah kerana lebih banyak klik yang diperlukan untuk pengunjung anda klik, lebih kuranglah minat mereka terhadap laman web anda. Fikirkan, sekiranya anda ingin memuat turun atau 'download' sesuatu aplikasi atau fail, dan anda perlu klik lebih dari 3 kali apakah yang anda rasa? Malas bukan? Elakkan!!



Toing! Jangan ada Pop-up Window!

Seronok bukan melihat pop-up window yang mengucapkan "selamat datang"? Malangnya, ini bukan yang difikirkan oleh pengunjung anda. Ini kerana, pop-up lebih sinonim dengan pemikiran pengguna komputer dengan "amaran" atau "alert" dan bukan satu cara yang baik untuk memberikan impresi pertama kepada pengunjung anda.



Bukan sahaja menyusahkan tapi membencikan. Elakkan meletakkan pop-up sekiranya tidak perlu. Oleh sebab itu juga mengapa pengunjung ada program 'pop-up blocker' kerana mereka malas klik 'X' atau 'OK'!




Bunyi-bunyian dan Kotak Muzik

Ini yang kerap dilakukan oleh sesetengah blogger. Memang sedap didengari oleh anda, tapi bayangkan impaknya pada pengunjung.



Sekiranya anda merupakan artis atau band, music box tu perlu untuk mempromosikan album anda tapi.. Kalau setakat nak suka-suka tu elakkan!




 Kalau anda ingin letakkan lagu anda gemari, blog bukan jawapannya (sekiranya anda mengkehendaki pengunjung bertahan di blog anda dengan lebih lama) ini kerana mereka datang ke blog anda untuk membaca pos yang anda letakkan, bukan mendengar muzik ; lagipun mereka ada pemain muzik di komputer ok?



Elakkan meletakkan lagu atau muzik ke dalam blog anda kerana bayangkanlah lagu rock atau lagu yang anda pilih itu mengejutkan pengunjung pada jam 2 atau 4 pagi ketika dia bertandang, tidakkah tanda "X" berwarna merah kat atas window itu jawapannya?



Hutan Rimba "Iklan"

Anda rimas tak melihat web atau blog yang penuh dengan iklan? Begitu juga dengan pengunjung anda. Elakkan meletakkan iklan yang melampau sehinggakan pos anda ditenggelami dengan iklan! Kalau nak pun, letakkanlah di bahagian sidebar dengan saiz yang mikro.

Iklan. Iklan. Iklan. Susah membezakan mana satu pos dan mana satu iklan! :(




Perhatian, kalau terlampau banyak iklan di blog anda, persepsi utama yang akan difikirkan oleh pengunjung ialah "Cincainya!" ataupun memberikan imej publisiti murahan kepada blog anda. Sedarlah, pengunjung rimas dengan iklan yang melampau dan tidak dapat memberikan kosentrasi membaca pos anda.



Tajuk Pos





Bagi mereka yang pandai mengarang, anda pastinya tahu tajuk apa yang bakal menarik pengunjung anda! Elak dari meletakkan tajuk yang langsung tidak menarik kepada pengunjung, seperti "Siapa Juara Perlawanan Bola Sepak FIFA 2010" .. Bukankah membosankan? Langsung tiada daya penarik. Cuba dengan kreatif menamakannya dengan lebih unik seperti " Perang Bola 2010: Siapakah Juara?". Haa.. Kan lebih 'catchy'?



Imej Latar atau "Background"

Ni imej dari twitter. Hodoh bukan? Elakkan juga terlalu banyak imej pada background anda.




Ini lagi satu kesilapan umum yang memang selalu dilakukan oleh bloggers sekalian. Elakkan meletakkan imej latar yang melebihi 3 warna untuk mengelakkan pembaca 'pening' nak membaca pos anda. Diingatkan bahawa, imej latar yang terbaik ialah tidak menggunakan terlalu banyak gambar yang menganggu perhatian pengunjung untuk membaca pos anda.





Okey, itu saja tips untuk kali ini untuk para bloggers sekalian. Pastikan anda mematuhinya untuk memastikan pengunjung berasa selesa di laman blog anda. Lain kali, saya akan menyentuh berkenaan tips yang lain pula! :)

1 ulasan:

  1. thanks for the tip..saye sgt tak suke blog yang bubuh lagu2 tapi kite xleh pause..jadi serabut nak membaca entry..nak2 kalau lagu tak mesra telinga...kalau time tu kite tgh dgr lagu kat playlist kite then lagu kat blog tu kuo,otomatik saye klik pangkah kat blog tu..sori ye tapi saye tak suke..at least buatlah button pause tu senang..=)

    BalasPadam