Profile Picture + Photoshop + Photogenic = Fake

Ni merupakan satu topik yang memang korang ada terfikir dan pernah buat dan selalu buat. Siapa yang tak ada Facebook? Erm, kalau tak pun My Space ataupun Friendster? (Kalau tak ada tu, aku tak tau la..)



Situasi Kamu dan Aku

Bila kita accept friend request mahupun chat / comment daripada orang-orang tertentu, mesti korang ada rasa satu perasaan ni bila tengok profile picture dorang : "Wow, cantek / hensemnya mamat / cewek ni" ataupun, "waahh.. putih dan gebunya kulit budak ni.."



Sebenarnya..

Bila korang merasa perasaan tersebut, maka anda berkemungkinan ditipu bulat-bulat dan dimainkan oleh saraf optik anda! Yes, aku tak deny perkara ni sebab beberapa perkara yang menyumbang kepada "kecantikan" atau "ke-beauty-an" gambar yang dipaparkan ke dalam profile picture mereka. Antaranya ialah:



"Photoshopping" - "Picasa-ing" - "Photoscaping" - etc

Kebanyakan orang sekarang ni nak tambah efek pada gambar mereka untuk kelihatan lebih putih atau sekadar penyeri muka. Sebagai contoh, aku edit picture Macik Britney Spears tanpa mekap ni kat Google dan hasilnya:





Daripada kedua-dua gambar kat atas, korang boleh nampak perbezaan kan? Takde kedut medut, plus aku letak maskara + lipstik + eye shadow lagik. Hahaha..  


Sekarang korang bleh bezakan mana yang asli dan tidak? Jawapannya = Tidak sama sekali.




Photogenic atau Photogenetic?
Terdapat segelintir orang yang memang tahap photogenic mereka sangat tinggi sehinggakan lensa kamera berhubungan dengan imej mereka seperti boyfie (boyfriend) mahupun girlfie (girlfriend aka cewek) kepada mereka. Akibatnya, satu gambar yang sangat cantik dihasilkan. 


Namun terdapat dua kesan daripada photogenic effect bagi seseorang tu, iaitu:


Muka Photogenic
Mukanya terlalu cantik di gambar tetapi kureng (aka kurang cantek) kat dunia sebenar. Maka ekspressi bagi orang yang bertemu dengannya selepas melihat gambar beliau akan automatik berfikir "Alamak aku ingat cantik.. / hensem sangat.."



Muka yang tak photogenic 

Mukanya ala kadar je kat gambar tapi dahsyat cantek / hensemnya kat dunia sebenar. Maka ekspressi bagi orang yang bertemu dengannya selepas melihat gambar beliau akan automatik berfikir "Cantik / hensem pulak dia ni.."



Kisah Benar
Kawan aku bernama A, ada berkenan dengan seorang cewek kat FB ni dan cewek tu pun berkenan kat dia jugak. A, ni kira hensem gila jugak la dan perempuan ni dia langsung tak pernah jumpa kat dunia sebenar tapi setakat chat kat FB atau SMS memang rajin la. 


Satu hari, dorang bercadang nak keluar bertemu buat kali pertama..


Bila kawanku, A ni berjumpa dengannya.. Alamakkk... Muka langsung tak sama dan kawan aku ni seriously rasa tertipu dan tipu tertipah oleh nya. Kawan aku, A bercerita serius kat aku yang muka cewek ni langsung tak cantik tapi gambar kat FB punyalah mantap-mantap. Maka dia terpaksa menghabiskan beberapa jam bersama cewek tu dan itulah kali pertama dan terakhir dia nak jumpa cewek tu lagi.. 




Ctrl + Alt + Del = Konklusinya?
Jangan 100% percaya pada apa yang kamu lihat kat internet. Sekalipun korang chat melalui "webcam", tu tak melambangkan kecantikan / kekacakkan seseorang tu. Namun, apa yang penting ialah anda harus berhati-hati untuk keluar bersama orang yang kamu temui di medium internet. Kalau tak cantik atau tak hensem tak apa, tapi kalau dia tu merbahaya?


Renung-renungkan! ^__^


People say photographs don't lie, mine do. - David LaChapelle - Collector's edition of Life, the Eisie Issue, spring 1998 , Page: 137

4 ulasan:

  1. muahaha....lucunya kisah benar ko tu....kotoh. sa mmg x pecaya gmbr2 smart2/cantik org ney..penuh tipu daya..profile pic sa pun edit..hahahaha

    BalasPadam
  2. hahaha.. tu lah.. ada kwn sy tu kena tipu dgn gmbr perempuan ni.. mmg potogenik.. last2 tgk org sebenar.. aduyaiii... sengal~

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Am, gunakan photoshop CS3 atau ke atas. boleh gunakan teknik 'blur'+heal tools. Utk hidupkan suasana imej, gunakan shape maker disertakan dengan warna lipstik & maskara.

    BalasPadam