Pesta Muda Mudi

Yahuu.. Semalam tersangatlah best. Saya sangat gembira pada malam semalam. Semalam tamatlah sudah tugas saya dan rakan-rakan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang ambil masa setahun tempoh berkhidmat. Walaupun tidaklah melibatkan majlis makan malam melibatkan kos beribu ringgit, malam tadi merupakan antara salah satu pengalaman paling 'happening' dalam hidup saya.

Parti bermula pada jam 08.00 malam dan sebelum jam 7 malam lagi saya dah bersedia di bilik gerakan MPP untuk decorate bilik tu jadi ceria sikit. Cheche dan Azel turut membantu dalam usaha mencantikkan dan 'melawakan' bilik tersebut. Haha. Cheche dan Azel jadi tukang tiup belon dan saya pula menjadi tukang pasang belon kat bilik MPP tersebut. Fair and square. Tiup, pasang.




Sebelum majlis bermula, lepak-lepak dulu.



Special pasal belon-belon ini semua, setiap belon ada muka dan nama setiap ahli MPP. Yang paling cun sekali belon pasangan dua sejoli (Abg Manis dan Kak Ani) yang memang special gila. Hahaha.


Belon Kak Ani + Abang Manis.. 



Pada malam itu, Abu Sufian (YDP) turut hadir memeriahkan lagi parti malam tu walaupun beliau NR. Ada 4 orang member yang tidak dapat datang sebab masing-masing dengan urusan mereka. Antaranya Aneeqalya, dia baru balik kelas jam 7 malam tu dan dengar kata dia terlalu penat jadi tak dapat datang. Mahathir dan Arsy pula masing-masing further study (Aku dah cerita kat pos lepas) manakala Khai pulak ada di KK tengah praktikal.




Abu Suffian - YDP terchenta



Parti malam tu dimulakan dengan ucapan oleh Abu kemudian disertai bacaan doa oleh Azman. Then, masa untuk makan! Time ni lah masing-masing duduk semeja makan bersama-sama dan saya rasa ni la first time kami makan ramai-ramai semenjak kuarantin dulu tu.


Nampak sikit ke makanan ni? Ada lagi on the way ni..




Ambik lain angle la pulak..



Walaupunbegitu, tengah makan dan cerita-cerita.. Saya ada mencelah bila cakap pasal seorang exco ni. Ades.. Straight to the point lah kena kat dia pasal tugas dia. Saya bukannya sengaja & terlepas cakap.. (By the way, saya cakap terus terang bukannya ada hipocrazy okey? Siapa makan lada dialah terasa pedasnya. Saya tak intend to say but forgo what have to go.)



Anyway, apa aku kesah? Hahaha.






Back to the story, Kak Ani ada beli cup cake. Dia cakap cup cake ni dia order dari orang di Facebook. Harganya.. Entahlah, Kak Ani Juaini tak cakap pulak. Tapi memang kiut, comel  and sedap untuk dimakan. Cup cake ni ada nama kami setiap sorang. ~wuu.. tak sanggup nak makan nama sendiri (kecuali nama orang lain)! hahaha












Tapi Azel la yang paling awal makan kek dia. Memang tiada ada nilai estetik langsung! Hahaha.


Ha, ni la cupcake yang sempat aku 'kidnap' ke bilik. 




 

Ni la cup cake yang aku dapat. Kiut miut. haha.

























Nama aku kat cup cake ni: Pendy














 
Ni antara corak bunga. Icingnya memang sedap, selalunya tak makan icing ni.
 












 

Ni antara corak abstract yang memang saya gemari tapi boleh dimakan.














 
Amboi.. Preview sikit.. haha..
 
Malam tu memang asyik ketawa memanjang. Saya lama dah tak ketawa begini dan rasa sedih jugak la lepas ni takkan macam ni lagi. Aktiviit makan pun bermula dengan penuh nafsu(Jangan fikir bukan-bukan ya dik).






Jum makan! Dari kiri: Hanif, Taufik, Azel dan Roeysson




Apa ko makan tu Salle. Senyum-senyum tak malu eh.. Haha.. ni Salmah AKA Salle, kami geng team dalam exco Informasi, IT dan Publisiti.



Lepas aktiviti makan-makan, kami buat photography session. Yai.. Dalam aktiviti ni, cheche la yang 'paling' menyerlah sangat. Asal mana-mana saja gambar mesti muka dia ada. Saya pun rasa macam heavy camera tu nak ambil gambar..









Dari kiri: Ida, Kak Ani dan Cheche



















Ni Cup cake team Exco Informasi, IT dan Publisiti. Mesti 'paling' ya.

Malam tu parti berakhir lebih kurang pada jam 10 malam dan singgah lepak-ing ke bilik Roeysson dan Saizaly cerita-cerita kejap then balik ke bilik. ~Wuu.. Thanks you guys!



Terima kasih kepada semua yang saling bekerjasama sepanjang menjalan tugas sebagai MPP.



We roll, we work and we rock!





1 ulasan: