7 Langkah Upload Gambar Super Duper Cepat ke Facebook

Upload Gambar Super Duper Cepat





Aku nak share dengan anda semua bagaimana untuk upload gambar-gambar yang korang nak upload ke Facebook™ dengan cepat selain menggunakan uploader yang sedia ada di website tu. Aku dah ajar kawan-kawan aku untuk gunakan kaedah ni secara lisan dan bertulis tetapi dorang tetap "fening-fening lalat" untuk melakukannya.



Aku dedicated khas langkah-langkah pantas ini untuk mereka yang gemar berkongsi gambar di Facebook™ seperti Cheche dan Farizal yang kerap kali buat komplen kat aku berkenaan masalah dorang untuk upload gambar.



7 Langkah Upload Gambar Super Duper Cepat ke Facebook™





Langkah 1

Korang pergi ke "Photos" kemudian klik pada bahagian "Create a Photo Album"





Langkah 2

Kemudian klik pada bahagian "Mobile Photos"







Langkah 3







Satu pop-up window akan keluar dan klik pada "Send my upload email to me now"





Langkah 4

Anda boleh mendapatkan alamat e-mail persendirian Facebook™ anda melalui e-mail atau SMS.











Sekiranya anda memilih SMS, maka Facebook™ akan menghantar alamat e-mail anda terus ke telefon bimbit anda.



















Langkah 5

Bagi mereka yang memilih untuk mendapatkan alamat persendirian anda melalui E-mail, 

check inbox anda dan simpan untuk kegunaan langkah seterusnya.







Langkah 6

Buat satu mel baru dan pada ruangan penerima, letakkan alamat yang kamu terima daripada 

Facebook™ kemudian klik pada "Attach" untuk memilih gambar-gambar yang korang mahu

sertakan untuk diupload ke Facebook™.





Langkah 7

Korang check pada ruangan "Photo" korang dan korang akan perasan gambar yang korang upload

ada kat Album "Mobile Uploads"







So, diharapkan korang dapatlah mempraktikkan apa yang aku share kat sini. Until then, chiaow!! :)





0 komen dari pembaca: