WhatsApp dengan Reaksi, 2GB Perkongsian Fail dan 512 Peserta Groups

 

WhatsApp telah mengumumkan bahawa reaksi emoji kepada mesej kini tersedia untuk pengguna pada versi terkini aplikasinya. Syarikat itu menjelaskan dalam blognya bahawa reaksi (Reactions) - tidak seperti membalas mesej terus dengan emoji, teks atau GIF - lebih pantas dan boleh membantu mengurangkan beban berlebihan dalam sembang kumpulan. 

 
Pada masa ini beberapa reaksi yang tersedia termasuk emoji doa, hati dan ibu jari. Syarikat itu menambah bahawa ia akan menambah baik ciri dengan menambah lebih banyak ekspresi pada masa hadapan. Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg juga telah mengumumkan ketersediaan reaksi di WhatsApp melalui halaman Facebooknya, mengatakan emoji doa disertakan untuk "membantu menyebarkan terima kasih dan penghargaan". 
 
Meta ialah syarikat induk WhatsApp. Menurut laporan oleh The Verge, reaksi akan dilancarkan kepada semua orang dalam "kira-kira seminggu" walaupun sesetengah pengguna mungkin sudah mempunyai ciri tersebut. 
 
Untuk menggunakan reaksi, tuding pada mesej, klik Menu > React to message, kemudian pilih salah satu emoji yang dipaparkan. Soalan Lazim menyatakan bahawa pengguna boleh menambah hanya satu reaksi bagi setiap mesej dan mereka juga boleh mengalih keluar reaksi tersebut. 
 
Selain daripada reaksi, pengguna juga boleh menghantar fail dalam WhatsApp kepada saiz sehingga 2GB pada satu-satu masa, peningkatan daripada had 100MB sebelumnya. Syarikat mengesyorkan menggunakan WiFi untuk menghantar atau memuat turun fail yang lebih besar dan kaunter akan dipaparkan untuk menunjukkan tempoh pemindahan. 
 
Syarikat itu juga secara berperingkat akan melancarkan keupayaan untuk menambah sehingga 512 orang dalam satu kumpulan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengembangkan ciri Komunitinya, yang pertama kali diumumkan bulan lepas.

Amaran Gurauan 4Chan Mengenai Xbox One

Gurauan 4Chan Xbox One

Microsoft telah mengeluarkan satu amaran berkenaan dengan gurauan yang dimulakan di 4Chan. Gurauan tersebut tanpa disangka dipercayai oleh pemilik Xbox One bahawa konsol tersebut boleh memainkan permainan Xbox 360 melalui beberapa kaedah termasuklah dengan menekan beberapa set siri butang, menu dan pengubahan maklumat yang kononnya digunakan oleh pembangun konsol untuk mencuba permainan Xbox 360 ke dalam konsol Xbox One.

 

Terlalu naif atau sifat ingin tahu pembaca menyebabkan kebanyakkan daripada mereka merosakkan sistem konsol yang dinyatakan oleh Microsoft menyebabkan ia tidak mampu untuk dipulihkan semula.

 

Larry Hryb, Pengarah Pengaturcaraan Microsoft Live Network telah mengeluarkan amaran melalui twit beliau:

 

Larry Hryb Xbox One Tweet

 

Pada masa ini, mesej palsu berunsurkan gurauan di 4Chan berkenaan telah dipadam.

Pelayar Maxthon Cloud untuk Platform Windows

Pelayar Maxton Cloud

Maxthon merupakan salah satu pelayar alternatif antara platform (Cross platform browser) yang mungkin anda pernah gunakan di desktop, telefon atau tablet anda. Kini, pelayar ini mempunyai sebanyak 120 juta pengguna yang rata-ratanya menggunakannya di platform desktop iaitu sebanyak 60% dan selebihnya pada peranti mudah alih.

 

Pelayar berasaskan cloud baharu daripada Maxthon ini mempunyai beberapa ciri yang unik dan secara jujur saya katakan stabil dan pantas berbanding pelayar Firefox dan Chrome.

 

Pelayar cloud Maxthon ini mempunyai ciri-ciri seperti sokongan meluas HTML5, sokongan WebGL dan pemecut GPU untuk peningkatan pemprosesan grafik dan imej, pengurangan jejak penggunaan memori dan CPU, peningkatan promosi aplikasi-mobile, penggurangan penggunaan RAM serta polisi pihak ketiga yang melindungi privasi pengguna.

 

Adakah pelayar ini berbaloi untuk anda? Maxthon menekankan bahawa pelayar Windows mereka ini lebih 10% lebih pantas daripada Chrome 30. Tambahan lagi, ia juga menyokong fungsi privasi ‘do not track’ kepada pengguna tanpa memuat turun plug-in terlebih dahulu. Pelayar Maxthon ini juga memisahkan cookies daripada halaman sub-tetingkap, justeru itu cookie disimpan di lokasi lain. Ini bermakna pengguna boleh menikmati ciri ‘personalization’ pada laman web yang dilayari tanpa risau akan isu privasi berkenaan penggunaan cookie pada halaman.

 

Fungsi menarik ini turut mengurangkan penggunaan bandwith yang semestinya satu perkara yang penting kepada mereka yang terikat kepada kuota penggunaan internet.

 

Muat turun multithreaded pula membolehkan kelajuan muat turun anda dipercepatkan sehingga lima kali lebih laju, bermakna muat turun fail anda akan dibuat melalui lima sambungan yang berbeza pada masa yang sama.

 

Walaupun pelayar ini laju dan stabil, namun saya dapati sesetengah elemen seperti penggunaan javascript dan kod lain di dalam sesetengah halaman seperti tidak dimuatkan ke dalam pemproses pelayar. Ini mungkin membantutkan kepuasan anda sekiranya anda seorang yang gemar melihat halaman dengan efek khas.

 

Muat Turun: Pelayar Maxthon Cloud, Muat Turun dari Filehippo

Facebook Membangunkan Butang ‘Sympathise’

Butang Simpati Facebook

Selepas memperkenalkan ciri emosi pada pos status di laman sosial kegemaran dunia, Facebook kini bakal memperkenalkan lagi butang ‘Sympathise’ yang akan muncul menggantikan butang ‘Like’ sedia ada apabila pengguna menggunakan emosi negatif pada status mereka.

 

Jurutera Facebook berkata pada satu majlis syarikat itu bahawa butang tersebut telah dibangunkan sebagai projek dalaman syarikat tersebut. Namun demikian, butang tersebut tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.

Year In Review: Huraian Aktiviti Bersejarah Anda Pada Tahun 2013

Facebook Year in Review 2013

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya dan laman sosial Facebook telah mengadakan semula ciri Year In Review, paparan 20 status atau aktiviti dengan saat dan interaksi paling tertinggi anda sepanjang tahun ini. Ciri ini telah pun diadakan pada tahun 2012 dan kini diadakan semula bersempena dengan ambang ketibaan tahun 2014.

 

Anda boleh mengakses halaman khas ini melalui timeline anda dan sejurus selepas anda mengaktifkannya, anda akan dipaparkan dengan 20 interaksi atau saat paling mendapat sambutan bagi status anda.

 

Selain daripada itu, anda juga melihat trend terhangat bagi sepanjang tahun 2013 ini melalui halaman Facebook Stories yang memaparkan semua isu dan perkongsian yang popular sepanjang tahun.

 

 

Layari:  Halaman Year In Review, Facebook Stories

US dan UK Mengintip Permainan Video ‘World of Warcraft

PengintipanUSUK

New York Times, the Guardian dan ProPublica telah membuat pendedahan mengejutkan mengenai aktiviti pengintipan permainan online seperti World of Warcraft yang diperolehi daripada Edward Snowden, pendedah rahsia risikan kerajaan Amerika.

 

Akhbar tersebut telah melaporkan bahawa kerajaan US dan UK telah melaksanakan operasi mengintip permainan online selama beberapa tahun untuk memantau aktiviti keganasan. Dalam pendedahan tersebut, permainan dunia virtual seperti Second Life turut diintip oleh organisasi pengintipan negara tersebut.

 

Dalam dokumen yang dibocorkan dan diterbitkan oleh New York Times juga mendedahkan bahawa organisasi pengintipan tersebut percaya bahawa permainan video boleh digunakan sebagai medium untuk melatih atau melaksanakan latihan senjata.

 

Menurut the Guardian, Pihak pengintipan Amerika, NSA berkata ia telah mengekstrak maklumat akaun World of Warcraft dan cuba untuk menghubung-kaitkannya dengan rangkaian keganasan ekstrim islam dan perdagangan senjata.

 

Jurucakap syarikat Blizzard Entertainment, pemilik permainan World of Warcraft memaklumkan kepada the Guardian bahawa mereka sama sekali tidak menyedari aktiviti pengintipan telah dilakukan ke atas permainan mereka.

 

Sumber: ProPublica, the Guardian, New York Times

NTLDR is Missing.

Rakan saya baru-baru ini mengajukan soalan berkenaan masalah laptopnya yang gagal masuk ke sistem operasi (OS) disebabkan "Error Message" pada boot screen yang memaparkan mesej NTLDR is Missing.

Berikut ialah simptom dan penyebab masalah tersebut.

Isu: NTLDR is Missing.
NT loader, NTLDR ialah program yang di load masuk dari hard drive boot sector yang memaparkan menu Microsoft Windows NT dan membantu Microsoft Windows NT/2000/XP untuk dimuat masuk.


Simptom Masalah:

Berikut ialah "error messages" apabila anda cuba untuk "on" laptop atau komputer anda sewaktu di boot screen.

NTLDR is Missing
Press any key to restart



Boot: Couldn't find NTLDR
Please insert another disk



NTLDR is missing 
Press Ctrl Alt Del to Restart



Penyebab:
  • Komputer "booting" dari  sumber non-bootable.
  • Hard disk drive Komputer tidak diset dengan betul di BIOS.
  • Fail NTLDR dan/atau NTDETECT.COM corrupt / rosak.
  • Konfigurasi salah dalam fail bernama boot.ini.
  • Hard disk drive baru sedang ditambah atau dengan kesilapan sistem menambah external drive.
  • Boot Sector / Master Boot Record corrupt / rosak.
  • Operasi Sistem (OS) Versi Windows 2000 atau Windows XP rosak.
  • Kerosakan atau kegagalan fungsi kabel IDE/EIDE hard disk drive.
  • Kegagalan membenarkan fungsi sokongan USB keyboard pada BIOS.
Penyelesaian
Terdapat beberapa penyelesaian terhadap masalah ini sekiranya anda mempunyai fail-fail penting didalam Drive C untuk melakukan "Format & Install".


Penyelesaian 1 : Komputer "booting" dari  sumber non-bootable.
  • Masalah ini sering berlaku disebabkan oleh komputer cuba untuk boot dari sumber non-bootable seperti CD/DVD-ROM atau media storan seperti Flash Memory Card SD dan alat-alat elektronik seperti telefon bimbit, iphone, ipod, kamera dan lain-lain.
  • Periksa komputer anda, adakah anda lupa untuk mengeluarkan media storan yang dinyatakan di atas? Keluarkan sebarang media atau 'disconnect' media storan atau alat elektronik dan restart kembali windows anda dan windows anda akan berfungsi seperti sedia kala.

Penyelesaian 2: Hard disk drive Komputer tidak diset dengan betul di BIOS.
  • Pastikan Hard disk drive komputer anda diset dengan betul di BIOS / CMOS setup. Setting yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah ini. Sekiranya anda tidak pakar, sila berhubung dengan pengedar komputer anda untuk bantuan kerana setting BIOS / CMOS adalah berlainan mengikut jenama yang anda gunakan.

Nota: Penyelesaian ini memerlukan kepakaran dari segi konfigurasi sistem.


Penyelesaian 3: Fail NTLDR dan/atau NTDETECT.COM corrupt / rosak.
  • Masukkan CD Windows XP ke dalam komputer
  • Apabila arahan "press any key to boot from the CD" tekan mana-mana kekunci di keyboard anda.
  • Apabila di setup menu Windows XP, tekan kekunci "R" untuk memulihkan sistem / Repair Windows.
  • Log masuk ke Windows installation dengan menekan kekunci "1" dan tekan "ENTER".
  • Anda akan diminta untuk memasukkan administrator password, dan masukkan password (sekiranya ada)
  • Copy kedua-dua fail dibawah dari CD-ROM y ke C:\

copy dari  e:\i386\ntldr  (di dalam CD-ROM)  ke dalam C:\
copy dari e:\i386\ntdetect.com (di dalam CD-ROM)  ke dalam C:\


  • Setelah kedua-dua fail berjaya di 'copy', keluarkan CD dan reboot. Komputer anda akan pulih seperti sedia kala.



Penyelesaian 4: Konfigurasi salah dalam fail bernama boot.ini.
  • Edit fail bernama boot.ini pada direktori hard disk dan pastikan ia memuat masuk Operasi Sistem (OS) anda.

Nota: Penyelesaian ini memerlukan kepakaran dari segi konfigurasi sistem.

Hard disk drive baru sedang ditambah atau dengan kesilapan sistem menambah external drive.
  • Sekiranya anda cuba untuk menambah hard disk drive baru ke dalam komputer, pastikan drive tersebut kosong dan masalah akan berlaku apabila Windows telahpun meng-install hard disk drive tersebut.

  • Sekiranya anda tidak pasti drive baru tersebut kosong atau tidak, format  hard disk drive tersebut dan restart.

Nota: Penyelesaian ini memerlukan kepakaran dari segi konfigurasi sistem.




Boot Sector / Master Boot Record corrupt / rosak.
  • Adalah berkemungkinan besar hard disk drive anda mempunyai boot sector atau master boot record yang corrupt atau rosak. 

  • Masalah ini boleh dibaiki dengan menggunakan Microsoft Windows Recovery console dengan mengaktifkan arahan fixboot dan fixmbr.

Nota: Penyelesaian ini memerlukan kepakaran dari segi konfigurasi sistem dan arahan DOS.






Operasi Sistem (OS) Versi Windows 2000 atau Windows XP rosak.
  • Masalah ini tidak dapat dielakkan dan anda perlu memformat windows anda kembali.


Kerosakan atau kegagalan fungsi kabel IDE/EIDE hard disk drive.
  • Anda boleh memulihkan masalah ini dengan memastikan kable IDE/EIDE anda disambung dengan baik.
  • Cabut kabel dan sambungkan kembali kabel tersebut. Sekiranya masalah masih timbul walaupun anda telah format komputer anda, gantikan kabel IDE/EIDE. Ini berkemungkinan kegagalan kabel tersebut untuk berfungsi
Penyelesaian Terakhir
Format komputer anda. Sekiranya data penting anda berada di dalam hard disk, cabut kabel hard disk anda dan pasangkan pada komputer lain untuk proses "back up data". Sekiranya anda menggunakan khidmat servis PC di kedai, pastikan anda memohon backup data pada komputer tersebut.


Diharapkan kupasan masalah dan penyelesaian isu ini dapat membantu anda menganalisis dan membaiki komputer anda. 



Nota: Penulis tidak bertanggungjawab atas kerosakan, kehilangan, kerugian atau implikasi yang berlaku akibat percubaan tips dan cara penyelesaian yang disyorkan di laman ini. Sebarang perlakuan adalah atas dasar tanggungjawab pembaca itu sendiri.

Rekaan Semula Set Filem menggunakan LEGO


LEGO merupakan permainan blok mainan kanak-kanak yang amat saya minati hingga pada usia ini kerana fleksibiliti bahan binaannya membolehkan pelbagai bentuk dan rupa dibina disamping kepelbagaian warna yang terdapat pada set permainan binaan tersebut. Boleh dikatakan ianya merupakan pencetus idea kepada permainan dalam talian 'Minecraft', namun pada skala realiti LEGO merupakan yang terbaik.

Sekiranya anda seorang peminat filem, anda mungkin terpesona dengan betapa kreatifnya pereka dan pembina model LEGO ini yang membina sesuatu yang mereka lihat dari filem kemudian merealisasikannya kepada model lego - yang pada asasnya berbentuk segi empat kepada pelbagai bentuk yang agak mustahil untuk difikirkan. Lebih menakjubkan, semua model LEGO ini merupakan rekaan semula set penggambaran dari filem sebenar.


Membina sebuah model set penggambaran adalah sukar, apatah lagi ia melibatkan LEGO! Berikut ialah koleksi rekaan semula filem popular yang anda pasti telah tonton.

Iron Man Hall of Armor – Iron Man 3.
Rekaan semula Hall of Armor menggunakan LEGO ini amat menakjubkan. Setiap armor Ironman adalah dicat tangan dengan amat teliti. (Sumber Imej: becauseBATMAN)



Tony Stark’s Garage – Iron Man.
Sebuah babak terkenal dimana Tony Stark mencuba armor terbaru bersama JARVIS di garaj bawah tanah beliau. (Sumber Imej: LuxorV)


Bane’s Hideout – The Dark Knight Rises.
Tempat persembunyian Bane dalam filem The Dark Knight Rises. Air Terjunnya diolah semula dengan menggunakan LEGO lutsinar dan terdapat tikus untuk menampakkan lagi rekaan. (Sumber Imej: MaceWindu)



The Goblin’s Lair – Spider-Man 2.
Pencahayaan model ini sangat hebat dan lihatlah hover machine Goblin yang agak terperinci. (Sumber Imej: Captain Nemo)



Helm’s Deep – Lord of the Rings: The Two Towers.
Pertempuran hebat Battle of Helm's Deep dihidupkan semula menggunakan 1700 figura mini! (Sumber Imej: MOCpages)



Barad-dûr (Eye of Sauron) – Lord of the Rings.
Menara yang dibina dari LEGO ini setinggi 175cm dan mungkin lebih tinggi dari anda! (Sumber Imej: SkyWalter)



Hogwarts – Harry Potter.
Seorang peminat Harry Potter, 400,000 buah cebisan LEGO dan 12 bulan. Sebuah karya yang dihasilkan dari dedikasi dan kerja keras seorang peminat. (Sumber Imej: Bippity Bricks)



Inception. 
Sebuah karya ikon Christopher Nolan yang diolah semula sepenuhnya menggunakan LEGO, bandar yang seolah bergulung dan bangunan terbalik semuanya diolah tanpa pengurangan dari idea atau konsep filem asal. (Sumber Info: -infomaniac-)


Winterfell – Game of Thrones. 
Bagi peminat GoT, peminat tegarnya telah mereka bentuk istana untuk King of the North (Sumber Imej: Itaria No Shintaku)



Al Khazneh – Indiana Jones and the Last Crusade. 
Karya arkitektur LEGO yang sangat teliti (Sumber Imej: MOCpages)



The Wizard of Oz. 
The Emerald City dan babak akhir dalam The Wizard of Oz. (Sumber Imej: Captain Redstorm)




Castle Black – Game of Thrones (TV). 
Dikenali sebagai ‘The Wall’ dimana terletaknya Castle Black, ini merupakan kubu Night’s Watch. (Sumber Imej: Itaria No Shintaku)


Hill Valley 2015 – Back To The Future. 
Lokasi babak popular dimana Marty McFly meluncur menggunakan hoverboard melalui dataran bandar pada babak di waktu pagi dan cubaan 'menangkap' kuasa petir untuk pulang ke masa lalu untuk menguasakan DeLorean pada waktu malamnya. (Sumber Imej: Orion Pax)


Menarik dan kreatif. Siapa sangka permainan kanak-kanak yang dianggap enteng oleh sesetengah individu mampu membuat sesuatu yang sebegitu kreatif. Secara asasnya, sesuatu yang biasa boleh menjadi luar biasa dan menarik jika wujudnya identiti kreatif dalam segala usaha.


AirDroid - Lakukan Semua Fungsi Telefon Android di PC



Apa itu AirDroid
AirDroid merupakan satu aplikasi dibangunkan oleh Sand Studio yang membolehkan anda untuk melakukan semua fungsi telefon bersistem operasi Android di PC anda. Jika anda sedang sibuk menaip tugasan di laptop anda dan terdapat perbualan mesej yang terpaksa anda ikuti, anda boleh membalas, menaip dan menghantar SMS terus kepada penerima melalui PC anda menggunakan aplikasi ini!



Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh memuat turun fail ke telefon / menginstall aplikasi Android (.apk) terus kepada telefon dengan hanya mengheret fail yang anda mahukan kepada tetingkap AirDroid di PC anda.

Sambungan dari Telefon ke PC - PC ke Telefon
Menggunakan teknologi Wireless, anda tidak perlu memuat turun sebarang perisian, 'driver' mahupun kabel ke dalam PC anda. Sebaliknya anda hanya perlu melayari alamat IP yang dipaparkan di dalam aplikasi telefon anda.

Memadam, Meminda atau Menyimpan Fail
Jika anda menggunakan telefon dalam pelbagai urusan khususnya yang melibatkan fail, perisian ini membolehkan anda melakukan hampir kesemua operasi daripada PC anda terus ke telefon tanpa sebarang masalah atau kerumitan. Anda juga pasti akan tertarik bagaimana aplikasi ini memudahkan kerja anda dengan tanpa menggunakan sebarang wayar mahupun kerunsingan untuk mencari penyambung SD Card kepada sambungan USB komputer.

 


Menangkap Gambar atau Video
Mengejutkan bukan? Aplikasi ini membolehkan anda untuk menangkap gambar atau video secara terus menggunakan PC anda tanpa anda perlu menyentuh telefon! Ya, sekiranya anda mempunyai kamera telefon yang baik, ia boleh digunakan sebagai kamera mudah alih!



Konfigurasi Telefon
Tiada sebarang konfigurasi spesifik untuk anda menggunakan AirDroid. Ia amat mudah, hanya mulakan aplikasi dan dapatkan alamat IP unik ke telefon anda kemudian gunakan alamat tersebut untuk mengakses telefon dengan pelayar internet anda.



Pemantauan Skrin dan Keselamatan Telefon
Sekiranya anda kehilangan telefon atau ingin mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh orang yang menggunakan telefon anda, anda boleh memantaunya secara 'Real time' dengan menggunakan aplikasi ini. Ia akan memaparkan skrin mahupun aplikasi yang sedang digunakan pada masa tersebut tanpa si pemakai menyedarinya! Selain itu, anda juga boleh menjejaki dimana telefon anda sedang berada - Berita buruk untuk si pencuri.


Kekurangan
Walaupun semua fungsinya amat menakjubkan dan amat saya puji namun terdapat kelemahannya. Ia memerlukan jaringan WiFi atau jaringan (jika WiFi tiada internet masih boleh digunakan, asalkan router atau broadcaster masih menyiarkan WiFi) dan sekiranya WiFi atau jaringan terganggu, anda perlu log masuk kembali untuk mengaksesnya semula. Selain itu, membolehkan aplikasi ini untuk berfungsi adalah dengan menjalankan dahulu sekiranya anda ingin mengakses telefon anda. Aplikasi ini mempunyai kegunaan yang pelbagai untuk melindungi telefon anda, tetapi awas dengan mereka yang mungkin mencuri akses anda dan ianya mungkin mengundang masalah kepada privasi anda!

Nilai Aplikasi
Jika anda tidak mempunyai AirDroid, saya syorkan anda memuat turunnya sekarang. Ianya merupakan satu aplikasi wajib yang perlu ada di setiap telefon Android kerana ia memudahkan semua perkara terutamanya bila anda banyak aktiviti menyimpan mahupun memuat turun dari telefon ke PC. Namun begitu, jika anda seorang yang tidak memerlukan kerja-kerja memindah fail atau banyak menghabiskan masa di depan skrin laptop, AirDroid mungkin tidak banyak membantu anda. Namun ianya berbaloi untuk menyediakan payung sebelum hujan untuk membantu anda jika secara tiba-tiba anda perlu menyalin fail gambar di telefon ke PC anda. - AS


Projek Open Source ‘Improve My City’

screens_improve_en
Saya terpanggil untuk berkongsi kepada semua pembaca saya mengenai satu projek aplikasi ‘Open Source’ yang dinamakan ‘Improve My City’. Projek ini telah dibangunkan oleh pembangun Projek Eropah yang dikenali sebagai PEOPLE dan ianya boleh digunakan dengan percuma dibawah lesen AGPL v3. Projek ini juga merupakan satu perkembangan projek yang menggunakan platform Joomla!.